YA ALLAH.....Lamenye saye tinggalkan blog ni....haih rase mcm kekurangan mase pun ade...hehehe. ... ataupun dah byk jugak tempat nak berkongsi gambar dan perasaan mcm fb n instagram membuatkan blog ini makin dilupekan....padahalnye kat sini lah tempat yg paling sesuai utk meluah rase hati btl x.......tahun 2013 dah nak sampai ke penghujungnya....mcm2 yg dilalui utk tahun ini sedih.kecewa.gembira.bahagia....semua bersatu dan perlu dilepaskan pergi.....dengan harapan 2014 akan menyinari hidup ini ewah.....hahaha......
Selasa, 24 Disember 2013
Rabu, 4 Disember 2013
Jumaat, 1 November 2013
10 LANGKAH MUDAH UNTUK LUPAKAN EX*
Tips ini untuk orang yg bersedia untuk melakukan Perubahan besar dan drastik, Ready?
1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE SEKARANG! Delete semua nombor dia.
2. Remove dan block FACEBOOK account dia sekarang!
3. Berhenti melawat blog dia,wall dia, pages dia, depan rumah dia, jalan dia, tempat lepak dia, HENTIKAN SEMUA!
4. Berhenti bertanya tentang dia..ni asal jumpa kawan dia je,“ Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!
5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara berhubung dengannya.
6. Stop calling, stop sms, stop contacting dia… no last call, stop everything for your good!
7. Kalau boleh, buang apa-apa saja benda yang boleh mengingatkan dia.
8. Padam lagu-lagu dan movie yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh buat korang mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tapi BUANG!
9. Lose everything, every single thing hingga takde cara nak trace balik lagi.
10. Dan yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. Dari hati korang dengan tulus dan ikhlas, maafkan dia.. biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, its okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya :')
Rabu, 23 Oktober 2013
~ KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU TETAPI ....
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.
Jika sembahyangmu 10 minit , 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu tidak bersyukur padanya… kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya… tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman temanmu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.
Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud ‘Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’.
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan perkara di atas, tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud ‘Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang’.
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.
Jumaat, 16 Ogos 2013
Alahai charger bawak
Alkisah disuatu ptg
Pelakon 1:Arda
Pelakon2:Azhar
Pelakon3:khaty
Lokasi:honda service center
P1:Azhar, aku nak beli charger bawak tu lah mane nak beli ek.....
P2:Charger bawak....ape bende tuh
P1:Ala charger bawak....yg kwn kau ade jual dulu tu yg rm70 tuh
P2:Oh tu bukan charger bawak lah.....tu power bank lah......
P3:Alahai charger bwk plak ceritenye sekarang.....hahahahha
Mek Arda.Mek Arda.kamu memang pelawak terbaik lah....
Isnin, 29 Julai 2013
It's over......
X tahu mcm mane nak mulekan....ya ALLAH berikanlah aku kekuatan utk menempuhi semue dugaan dan cabaran yg telah engkau tentukan....aku redha andai ini dugaan yg telah engkau tentukan.........
Jgn ditanye mengape.kerane diri ini tdk tahu ape sebabnye........
Isnin, 22 Julai 2013
Ramadhan Datang Lagi
![]() |
| jangan jangan jangan.... |
Nota kaki:X sabar nak kejut cinta hati saye bgn sahur secare face to face ....ewah hahahhaha...
Langgan:
Catatan (Atom)
